Ini Hujjah Kita Kalau Orang Tuduh Nabi SAW Pedofilia Kerana Menikahi Aisyah RA Pada Umur yang Sangat Muda !!!
2- Fakta ini diterima dengan kesepakatan seluruh umat Islam. Kata Ibn Katsir, "Hadis 'baginda berkahwin dengan Aisyah ketika berumur 6 tahun, dan bersama dengannya ketika berumur 9 tahun' tidak ada khilaf antara manusia. Ia sabit dalam kitab-kitab hadis sahih dan lain-lain". (Al-Bidayah wa an-Nihayah 3/161).
3- Tidak ada keganjilan dalam kes ini, kerana wanita yang hidup di negara-negara beriklim panas lebih cepat baligh, lebih cepat matang dan bersedia untuk menjadi isteri lebih awal.
Aisyah r.a. sendiri mengakui dengan kata-katanya, "Apabila kanak-kanak wanita mencapai umur 9 tahun, maka dia sudah bergelar wanita". (Sunan Tirmizi 3/417).
Kata Imam Syafie, "Aku melihat banyak sekali di Yaman kanak-kanak perempuan baligh ketika usia 9 tahun". (Siyar A'lam Nubala 10/91).
Kata Imam Syafie lagi, "Aku menjumpai di San'aa (Yaman) seorang nenek berusia 21 tahun". Dia mula haidh (baligh) ketika usia 9 tahun, dan melahirkan anak ketika usia 10 tahun. Anaknya pula haidh ketika usia 9 tahun dan beranak ketika usia 10 tahun". (Sunan Kubro Baihaqi 1/319).
Jadi, kebiasaan wanita-wanita Arab baligh dan bersedia menjadi isteri ketika usia 9 tahun.
4. Antara yang menunjukkan kebiasaan Arab pada zaman tersebut wanita berkahwin dalam usia yang begitu muda, ialah tidak dinukilkan oleh sejarawan bahawa musuh-musuh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam mentohmah baginda dengan kes perkahwinannya dengan Aisyah.
Jika sekiranya ia suatu yang mengaibkan, nescaya pasti dinukilkan tohmahan-tohmahan daripada musuh-musuh sekelilingnya dari kalangan musyrikin dan munafiqin.
5. Perkahwinan baginda dengan Aisyah juga adalah pilihan Allah Taala untuk baginda. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah bermimpi tentangnya, dan dimaklumi mimpi baginda adalah wahyu.
Di dalam Sahih Bukhari:
Maksudnya: Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam berkata kepada Aisyah, "Aku melihat engkau di dalam mimpi sebanyak dua kali. Iaitu engkau berada di dalam kelubung daripada sutera. Dan dikatakan kepadaku: Inilah isteri kamu, maka singkapkanlah dia. Tiba-tiba perempuan itu ialah engkau. Lalu aku berkata: Jika ia adalah daripada Allah, maka Dia akan meneruskannya". (Bukhari no: 3682).
6. Antara hikmah perkahwinan baginda dengan Aisyah ialah dari sudut sebaran ilmu hadis. Dimaklumi Aisyah adalah seorang wanita yang cerdik dan bijak. Kebersamaannya dengan baginda sejak usia 9 tahun telah memberi ruang yang luas kepadanya untuk tahammul (menghafal) hadis-hadis Nabi. Dan terbukti beliau termasuk sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis.
7. Tohmahan musuh-musuh Islam, bahawa baginda berkahwin dengan Aisyah yang muda semata-mata kerana nafsu adalah tertolak. Lihatlah kesemua isteri-isteri Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam selain Aisyah. Kesemua mereka adalah janda, kecuali Aisyah. Malahan ada yang menjadi isteri baginda ketika sudah berusia seperti Saudah.
Nabi Muhammad mempraktekkan poligami hanya ketika usianya menginjak 50 tahun ke atas yaitu disaat usianya telah lanjut dan rata-rata bagi orang yang seusia yang tersebut nafsu berkawin sudah tidak mengebu-gebu seperti dahulu ketika muda.Ini menunjukkan perbuatan Rasulullah berkawin lebih dari satu itu tidak didorong oleh hawa nafsu malah ada sebab-sebab lain yang lebih mulia dan mempunyai hikmah yang tinggi mengapa RasuluLlah berbuat demikian.
Caesar E. Farah menulis sebagai berikut:
“In the prime of his youth and adult years Muhammad remained thoroughly devoted to Khadijah and would have none other for consort”.
Caesar Farah pun berkesimpulan bahwa perkawinan Nabi Muhammad SAW lebih karena alasan politis dan alasan menyelamatkan para janda yang suaminya meninggal dalam perang membela Islam.
Sehingga memang jika melihat lagi ke sejarah, maka dapatlah diketahui apa alasan sebenarnya perkawinan nabi Muhammad SAW.
Berikut ini kita tampilkan nama-nama Istri Nabi Muhammad SAW beserta sekilas penjelasannya:
(Paklong tak tulis smua taku panjang sgt artikel ni orang malas baca)
AISHA SIDDIQA : Seorang perempuan bernama Kholeah Bint Hakeem menyarankan agar Nabi SAW mengawini Aisha, putri dari Aby Bakrs, dengan tujuan agar mendekatkan hubungan dengan keluarga Aby Bakr.Tentu tidak pantas Nabi Muhammad sallaLlahu alaihi wasallam menolak usulan ini karena ini akan mengakibatkan Aisyah dan keluarganya mendapat aib yang besar. Orang-orang di Makkah tidaklah keberatan dengan perkawinan Aishah, karena walaupun masih muda, tapi sudah cukup dewasa untuk mengerti tentang tanggung jawab didalam sebuah perkawinan.
Walaupun ada riwayat yang menyatakan Aisyah berusia 6 tahun ketika menikah dengan nabi namun riwayat itu tidak bisa dipegang malah terdapat bukti-bukti yang menunjukkan bahawa umur Aisyah ketika menjadi isteri Rasulullah ialah sekurang-kurangnya 14 tahun dan bukan 6 tahun.
Hujahnya: Umur Siti Aisyah waktu perang Uhud Peperangan Uhud berlaku pada 15 Shawal, tahun 3 Hijrah bersamaan bulan Mac tahun 625 Masihi. Iman Bukari mengatakan didalam kitab nya : Kitabu’l-jihad wa’l-siyar, Arabic, Bab Ghazwi’l-nisa’ wa qitalihinna ma`a’lrijal.
“Diriwayatkan oleh Anas: Pada hari perang Uhud, Aku melihat Siti Aisyah (ra) dan Umm i Sulaim, mereka menyinsing kain untuk memudahkan mereka bergerak.”Rasulullah saw mengenakan syarat yang ketat bagi mereka yang hendak mengikut peperangan Badar, Uhud dan Khandaq. Mereka mesti berumur 15 tahun ke atas. Sesiapa yang berumur bawah dari 15 tahun, tidak dibenarkan mengikuti peperangan Badar, Uhud dan Khandaq.
Diriwayatkan oleh Bukari didalam kitab nya: Kitabu’l-maghazi, Bab ghazwati’l-khandaq wa hiya’l-ahza’b,
” Ibnu Umar (ra) mengatakan bahawa Rasulullah saw tidak membenarkan saya untuk mengikuti peperangan Uhud kerana ketika itu umur saya 14 tahun. Tetapi di waktu peperangan Khandaq, Rasulullah membenarkan saya ikut berperang sebab umur saya sudah 15 tahun.
Mengikut sejarah Siti Aisyah ikut serta didalam peperangan Badar dan Uhud. Ini bermakna umur beliau adalah 15 tahun ke atas. Berdasarkan riwayat dari Bukari ini jelas menunjukkan;
1. Siti Aisyah mengikuti peperangan Uhud dan umur beliau sudah menjangkau 15 tahun. 2. Jika umur Aisyah pada 625 Masihi ( 3 Hijrah) ialah 15 tahun maka Siti Aisyah dilahirkan pada 610. Siti Aisyah kahwin dengan nabi Muhammad saw pada 623 masehi bersamaan 1 Hijrah bermakna umur beliau adalah 14 tahun
Seterusnya: Umur Siti Aisyah dibanding dengan umur kakaknya Asma`. Ibnu Hajar Al Asqalani mengatakan didalam kitab (Taqribu’l-tehzib, Ibn Hajar Al-Asqalani, Pg 654,” Dia (Asma`) hidup 100 tahun dan meninggal pada 73, 74 Hijrah ”
Ibn Katheer mengatakan didalam kitabnya : (Al-Bidayah wa’l-nihayah, Ibn Kathir, Vol 8, Pg 372,
” Bahawa Asma adalah kakak Siti Aisyah. Asma wafat dalam tahun 73 Hijrah dan umur beliau adalah 100 tahun. Asma` adalah 10 tahun lebeh tua dari Siti Aisyah.
{73 Hijrah = 695 Masihi} 695 Masihi/ 73 Hijrah umur Asma = 100 tahun maka 622 Masihi , 1 Hijrah umur Asma = 27 tahun (100 tahun – 73 tahun = 27 tahun ) sehingga umur Siti Aisyah – 17 tahun (10 tahun lebeh muda dari kakaknya Asma) 623 Masihi/2 Hijrah.
Oleh itu Siti Aisyah berkahwin dengan Nabi Muhammad saw pada umur 18 tahun.
Nabi Muhammad SAW bertunangan dulu selama 2 tahun dengan Aishah sebelum kemduian mengawininya.
Kita juga harus mengerti bahawa sewaktu RasuluLlah berpoligami yang melebihi empat orang istri ayat-ayat yang membataskan perkawinan kepada empat orang istri itu masih belum diturunkan.Ini ialah karena istri terakhir yang dikawini oleh Rasulullah adalah maimunah binti Al harith yang dikawini pada tahun 7 hijrah sedangkan ayat-ayat yang membataskan istri kepada 4 orang baru diturunkan pada tahun 8 hijrah.Di dalam hal ini tentulah tidak pantas bagi RasuluLlah utk menceraikan mana-mana istrinya karena itu akan merupakan aib terhadap istri kepada seorang nabi.Apa lagi Selepas RasuluLlah mengawini Maimunah binti Al Harith telah turun ayat Al Quran yang melarang baginda menceraikan istri-istri yang sedia ada mahupun menambah dengan istri-istri yang lain.Firman Allah yang melarang baginda berbuat demikian terdapat dalam surah Al Ahzab ayat 52:
Tidaklah halal bagimu perempuan-perempuan sesudah yang sekarang ini (iaitu sembilan orang), dan tidak pula boleh menukarnya dengan isteri yang lain.” (Surah al-Ahzab, ayat 52)
0 Response to "Ini Hujjah Kita Kalau Orang Tuduh Nabi SAW Pedofilia Kerana Menikahi Aisyah RA Pada Umur yang Sangat Muda !!!"
Post a Comment