Panduan Merotan Anak atau Pelajar Menurut Islam.




1. Merotan atau memukul dibenarkan taktala anak mula berumur 10 tahun dengan syarat sudah disuruh selama 3 tahun sebelum itu.

Sabda nabi:
Suruh anak kamu solat ketika umurnya 7 tahun, dan (sekiranya mereka enggan) pukul mereka apabila mencecah 10 tahun). (Riwayat Abu Daud)

2. Tidak melebihi 3 kali bagi hukuman rotan biasa, atau 10 kali bagi hukuman qisas.

Hadith Abu Hurairah, Sabda Nabi: Tidak boleh merotan melebihi 10 kali melainkan pada hukum hudud (Hadith Bukhari)

Menurut Umar Abdul Aziz: Guru-guru tidak boleh merotan melebihi 3 kali, kerana ianya boleh menimbulkan fobia dan kebimbangan kepada kanak-kanak.

Menurut al-Dohak: Apa-apa sahaja pukulan atau rotan yang melebihi 3 kali, maka ianya adalah qisas.

3. Rotan itu tidaklah terlalu keras, tidak pula terlalu lembut atau basah/lembab, sehinggalah boleh meninggalkan bekas dan kerosakan yang teruk pada kulit.

Diriwayatkan oleh Zaid bin Aslam katanya, seorang lelaki telah mengaku berzina di zaman Rasulullah SAW maka Rasulullah meminta sebatang tongkat untuk disebat lelaki itu, apabila tongkat yang dikehendaki dikemukakan kepada baginda Rasulullah SAW. didapati tongkat itu pecah-pecah, lalu baginda minta tongkat yang lain, apabila tongkat yang kedua dibawa kepadanya didapati pula tongkat itu daripada dahan kayu yang baru dipotong, Rasulullah SAW menolaknya lagi dan meminta tongkat yang sangat sederhana yang tidak keras, Rasulullah SAW menerimanya dan memerintahkan supaya disebat dengannya. (al-Muwatta’)

4. Cara merotan menurut Syeikh al-Faqih Shamsuddin al-Anbani:

i. Memukul di tempat yang berbeza, bukannya pada satu tempat di badan manusia sahaja.
ii. Menjarakkan tempoh rotan pertama dengan yang seterusnya.
iii. Tidak mengangkat tangan sehingga boleh kelihatan ketiaknya.

5. Tempat dibenarkan memukul: semua anggota badan kecuali kemaluan dan muka (tambahan al-Ahnaf: seluruh kepala)
Sabda Nabi: Sekiranya seseorang itu merotan, elakkan wajahnya (Abu Daud)

6. Berhenti seketika sekiranya yang sedang dirotan menyebut nama Allah.
Daripada Abi Sa’id Al-Khudri, Sabda Nabi: Sekiranya kamu merotan (dengan sebab) akan pekerja kamu, kemudian dia menyebut kalimah Allah, maka tangguhkan dahulu. (al-Tirmizi)

7. Jangan merotan dengan penuh emosi kemarahan
Riwayat Abu Bakar: Janganlah menjatuhkan hukuman sekiranya berada di bawah kawalan emosi marah.

P/S: berhati-hatilah dengan musuh Islam dan 🐄 akademik teruk yang menyebarkan ajaran palsu untuk menggambarkan Islam kejam dan tidak berperikemanusiaan dalam mendidik anak-anak.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Panduan Merotan Anak atau Pelajar Menurut Islam."

Post a Comment